Thursday, December 31, 2009

YA ALLAH CUCURILAH RAHMAT KEATAS ROHNYA......

Bila saja dkabarkan ada kemalangan kt simpang laluan kerumah cepat2 aje aku nak tengok, bederau darahku bila lihat keadaan mangsa,, seorng remaja dlm belasan thun trbujur kaku dengan kepala bedarah munkin pecah agaknya,terus saja aku terbayangkan ibubapa mangsa macamana bila dpt berita 2 alangkah terkejut dan sedih hanya tuhan yg tahuu...tp itulh apa yg dah belaku tak boleh dubah lg hanya doa yg dpt kita sedekahkan utk yg dah pg...utk kita yg hidup perlulh sentiasa ingat akn tiba masa kita..cuma BILA? DIMANA? DAN BAGAIMANA? TUHAN SAJA YG TAU.... Kepada remaja semua ingat2lh hati2 dan sentiasa jg diri klu buleh jgn ada berita sedih untuk keluarga lebih2 lg ibu yg mudah sedih dan terluka, jagalh perasan mereka kerna tanpa mereka tiada kamu wassalam jumpa lg!!!!!!

Friday, December 11, 2009

Kenduri Berkhatan

Sedang bersembang waktu tunggu jemaah dari masjid Kg Mengkarak sampai..
Lepas je bace doa selamat terus menghidang n makan .......
Kelihatan yg berdiri kupiah putih tu , My Brother in law yg membuat majlis nie (dia la kluar sponsor)
Makan biar kenyang , tambah nasi tu pakcik jgn xtambah....
Waktu bace doa selamat...

Sunday, September 13, 2009

Selamat tinggal Ramadhan ..................

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Raihan dan Man bai

Sunday, August 30, 2009

Sumber ilmu....

Ustaz Sulaiman jadi 'mufti' di kawasan Bera
Zuharman MN
Wed | Mar 11, 09 | 2:29:30 pm MYT

BERA, 11 Mac (Hrkh) - Sifat tawaduk kebiasaan menjadi 'pakaian' harian bagi seseorang ulama. Ia melengkapi ciri-ciri orang alim. Kehidupannya serba sederhana. Amalan itu yang dipertahankan Ustaz Sulaiman Mohamad.

Bahkan beliau selesa dan istiqamah dengan amalan sedemikian. Anak jati kelahiran Pahang pada 1962 di Kampung Guai, Bera tidak pernah menyesal walau tidak cemerlang dalam bidang akademik.

Bahkan sejak kecil lagi minatnya lebih menjurus kepada bidang keagamaan.

"Bagi saya tidak rugi hidup bersederhana dan tidak untung hidup berlebih-lebihan. Segalanya bersifat sementara, tidak kekal termasuklah diri seseorang itu sendiri," katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Sehingga kini Sulaiman masih lagi mendalami ilmu keagamaan meski pun sudah bergelar sebagai pendakwah atau penceramah terkenal. Image

"Menuntut ilmu sebenarnya tidak berpenghujung. Sebab ilmu Allah itu luas.

"Sebagaimana firmanNya yang bermaksud, 'kalau nak dijadikan air laut sebagai tinta untuk menulis ilmu Allah, nescaya kering lautan itu sebelum ilmuNya habis ditulis," ujarnya.

Ustaz Sulaiman mendalami ilmu agama dengan mengikuti pendidikan pondok. Yang Dipertua PAS Kawasan Bera itu pernah belajar di Pondok Keledang dan Pondok Padang Luas Kerayong di Pahang.

Belajar di Pondok Pasir Tumbuh

Beliau pernah juga belajar di Pondok Terosan, Pasir Tumboh di Kelantan sebelum mendapat diploma Tasawwur Islam dari Institut Latihan Kepimpinan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM).

Image Dan kini sedang mengikuti pengajian diploma dalam jurusan Pengajian Syariah di Universiti Malaya.

Sebagai pendakwah dan penceramah bebas, ia tidak pernah menganggu tanggungjawab sebagai YDP yang dilantik sejak 2006.

Bahkan kerja dakwah dianggap sebagai sebahagian tugas sebagai YDP di bawah kerajaan pimpinan ulama.

"Lihat contoh Tuan Guru Nik Aziz. Beliau Menteri Besar tetapi tetap istiqomah menyampaikan kuliah agama di merata-rata tempat tanpa mengira masa," kata Sulaiman yang tidak asing di kalangan masyarakat di Daerah Bera.

Jadi tempat rujukan masyarakat

Seorang pegawai kerajaan mengakui Ustaz Sulaiman seorang individu yang menjadi rujukan masyarakat setempat dalam bidang agama.

Setiap kali timbul kemuyskilan berkaitan agama atau pun sosial, Ustaz Sulaimanlah diajukan segala masalah itu.

Beliau anak bongsu daripada lima beradik. Bapa kepada empat orang cahaya mata. Turut dikenali sebagai individu cukup berhemah yang amat menghargai masa.

Mungkin kerana himpitan masa menyebabkan beliau tidak mengenal istilah masa lapang dalam diari hidupnya. Kelapangan baginya hanya waktu tidur.Image

"Kadang-kadang saya sendiri tidak tahu bila masa lapang saya. Tetapi mungkin boleh dianggap lapang sekejap selepas waktu Zohor," katanya sambil ketawa kecil.

Lazimnya Ustaz Sulaiman menggunakan waktu sesudah Zohor untuk mentelaah kitab sebagai persediaan sebelum pergi mengajar. Rutin hariannya bermula seawal Subuh.

Beliau mengajar tafsir al-Quran di Surau al-Huda setiap pagi.

"Sebab utama kitab tafsir al-Quran diajar setiap pagi kerana ia kita anggap sebagai santapan pagi. Maknanya santapan pagi kita dengan bahasa al-Quran, bukan suratkhabar, kuih, nasi atau pun air," katanya.

Di samping itu setiap hari beliau juga menyampaikan kuliah agama kepada golongan muslimah. Kuliah Maghrib diadakan setiap malam di masjid atau surau di merata tempat.

Baginya itulah usaha bagi mendekatkan masyarakat kepada Islam.

Dan beliau yakin melalui kefahaman itu, tidak mustahil parti Islam akan bertapak lebih kukuh di Bera suatu ketika nanti. - mj_